NADI Kesejahteraan Kendiri-Gaya Hidup Aktif; Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mei 2026, bermula pukul 10.30 pagi, tiga orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu Webinar Gaya Hidup Aktif; Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberi fokus kepada kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif sebagai asas kepada kesihatan yang baik. Peserta didedahkan kepada aktiviti fizikal harian yang mudah dilakukan seperti berjalan kaki, regangan dan senaman ringan yang boleh diamalkan di rumah atau di komuniti. Selain itu, peserta turut memahami hubungan antara aktiviti fizikal, pemakanan seimbang dan kesihatan mental dalam mencapai tahap kesihatan optimum serta meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 4 : Gambar semasa kelas berlangsung.